Saturday, April 30, 2011

Full Video Wancana "Rasuah Pemusnah Tamaddun"










4 comments:

  1. Assalamualaikum saudara Ezam

    Izinkan saya berkongsi cerita dan pandangan peribadi disini.

    Pertama sekali ingin saya tekankan bahawa apa yang saya sampaikan disini adalah berdasarkan cerita yang disampai oleh kawan pejabat saya yang mempunyai hubungan dengan kakitangan di Pejabat Ketua Audit Negara.

    Begini.

    Kawan saya ini mengkritik dan mempersoalkan tindakan SPRM yang tidak menggempur pejabat Audit Negara bagi menyiasat ketirisan yang berlaku di agensi kerajaan. Mengapa tidak digunakan jalan pintas untuk mengesan penyelewangan yang berlaku dengan membuat pencarian maklumat ketirisan di Pejabat Ketua Audit Negara?

    Sepatutnya Pejabat Ketua Audit Negara boleh memberi maklumat kepada SPRM untuk mencegah dan membanteras penyelewangan yang berlaku di agensi kerajaan tetapi perkara ini tidak dilakukan. Kononnya kerana terdapat kepentingan orang-orang politik tertentu dan seolah-olah cuba melindungi kepentingan mereka.

    Apa yang SPRM buat sekarang ini seperti menggunakan jalan yang panjang dan sukar dengan mencari dan menyiasat di peringkat bawahan di agensi yang dilaporkan kejadian rasuah pihak selain pejabat Ketua Audit Negara

    Saya faham bahawa memerangi rasuah ini bukan sesuatu yang mudah seperti yang dicakapkan. tetapi sekurang-kurangnya kita boleh fikirkan kaedah yang lain yang mungkin lebih berkesan.

    Saya rasa SPRM mungkin sedia maklum dengan apa yang saya lontarkan ini dan sudah lama menyedarinya. Cuma saya ingin dapatkan kepastian mengenai perkara ini. Mungkin saudara Ezam dapat membantu untuk memastikan perkara ini dijelaskan kepada rakyat dan pihak yang terlibat yang memang serius untuk memerangi rasuah.

    ReplyDelete
  2. wah hebatlah pendebatan ini...rugi saya tak dapat datanglah...patutnya biar ia di buat secara langsung di tv agar rakyat Malaysia boleh melihat,mendengar dan menilai siapa yang benar siapa yang salah...Hidup SPRM!!!

    ReplyDelete
  3. dato nizar ni betulla. orang tanya lain dia jawab lain.macam tu mcm mana org nak paham.aku taula ko to orang politik tapi bila berbicara dlm majlis cam ni ada baiknya kita duduk antara dua parti.jgn tanamkan rasa dendam sebab tak dapat rasa lama jadi mb.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada SPRM kerana bersikap terbuka dan neutral, banyak dah kes rasuah yang melibatkan jutaan malah berbilion ringgit yang telah disiasat dan dibawa ke mahkamah untuk tindakan undang-undang tetapi saya masih kurang jelas kenapa tuduhan dan aduan mengenai aset ketua menteri Sarawak tidak dijelaskan untuk pengetahuan umum.

    Tuduhan tersebut boleh mencemarkan imej Sarawak dan Malaysia di mata dunia. Mungkin ramai rakyat Sarawak yang ingin tahu perkara sebenarnya dan diharap pihak SPRM dapat menyelesaikan perkara tersebut agar yang dituduh mendapat pembelaan sewajarnya sekiranya tidak bersalah.

    ReplyDelete