Friday, May 28, 2010

Anwar & Wan Azizah Jangan Heret Orang Lain...

  1. Saya tidak mahu Nurul Izzah diheret dalam hal ibubapanya kerana beliau terlalu muda dan tidak tahu apa apa
  2. Saya tidak mahu aibkan Anwar, Wan Azizah dan keluarga mereka dan hanya sekarang untuk pertahankan maruah saya setelah difitnah terlibat dengan konspirasi kes liwat Saiful Bukhari baru baru ini.
  3. Jesteru itu, ianya bukan soal habuan. Apakah mereka lupa saya pernah bela Anwar selama 10 tahun, dan saya turut sama merengkok dalam penjara ketika Anwar hanyalah seorang banduan yang pastinya tidak boleh memberikan apa apa habuan kepada saya. Kalaulah habuan menjadi perkiraan saya, sudah semestinya saya tidak akan membela seorang banduan sehingga saya sendiri ke penjara.
  4. Saya tegaskan sekali keputusan saya tinggalkan Anwar adalah kerana prinsip sebagai seorang islam dan bukannya kerana habuan.
  5. Saya sanggup bersumpah demi untuk mempertahankan kenyataan saya, dan saya cabar Anwar dan Wan Azizah bersumpah sama.
  6. Saya menggesa Anwar dan Wan Azizah agar tidak mengheret anaknya dan sesiappun dalam hal liwat ini, hentikanlah sandiwara. Rakyat sudah terlalu lama ditipu.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Ahli Dewan Negara

Thursday, May 20, 2010

Kenyataan Media - SELCAT

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan SELCAT untuk menyiasat dakwaan dan penyelewengan didalam syarikat konsesi pasir tunggal di negeri Selangor, SEMESTA Sdn Bhd yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manikavasagam adalah satu tindakan yang BERNIAT JAHAT dan SALAH kerana;

i] bercanggah dengan prinsip ketelusan
ii] bersifat menutup menutup penyelewengan [eyewash]
iii] bertujuan mempengaruhi siasatan tersebut dengan “gundah gujara” [with fear and favour]
iv] tidak menghormati perlembagaan persekutuan
v] tidak menghormati institusi kehakiman

SELCAT memperolehi bidang kuasa daripada arahan Dewan Undangan Negeri. Jesteru Menteri Besar tanpa mandat DUN tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan SELCAT untuk membuat siasatan apatah lagi siasatan tersebut bersifat JENAYAH yang mana SELCAT tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat.

Kuasa untuk menyiasat sesuatu perbuatan jenayah khususnya jenayah rasuah adalah terletak dibawah Polis Diraja Malaysia [PDRM] dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM], dibawah kuasa selia pendakwaan yang terletak kepada Peguam Negara menurut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang sedemikian, MB dan DUN serta SELCAT tidak boleh beroperasi secara selari [parallel] dengan badan badan yang telah diberikan kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan.

Siasatan oleh SELCAT hanyalah retorik kepada rakyat Selangor kononnya kerajaan negeri mengamalkan ketelusan. Tujuan berselindung siasatan SELCAT ini sebenarnya hanyalah satu manupulasi polotik yang akan melindungi perasuah dan salah laku perasuah dengan mencabar wibawa SPRM dan PDRM apabila siasatan pihak berkuasa itu mendapati penyelewengan berlaku.

Komposisi, kuasa pembentukan dan bidangkuasa SELCAT itu sendiri dicabar di Mahkamah Tinggi Shah Alam dimana sekarang ini proses guaman masih berlangsung di Mahkamah dan sepatutnnya atas sikap hormat kepada undang undang dan perlembagaan serta institusi kehakiman, operasi dan aktiviti SELCAT haruslah digantung buat sementara waktu ini.

Saya juga ingin menegaskan sokongan kepada usaha gigih dan jujur Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manikavasagam didalam perjuangan melawan rasuah dinegeri Selangor dan sedia bersama beliau memerangi kelompok perasuah yang bukan sahaja MERBAHAYA tetapi berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan negeri Selangor.


MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Ahli Dewan Negara

20hb Mei 2010