Thursday, May 20, 2010

Kenyataan Media - SELCAT

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan SELCAT untuk menyiasat dakwaan dan penyelewengan didalam syarikat konsesi pasir tunggal di negeri Selangor, SEMESTA Sdn Bhd yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manikavasagam adalah satu tindakan yang BERNIAT JAHAT dan SALAH kerana;

i] bercanggah dengan prinsip ketelusan
ii] bersifat menutup menutup penyelewengan [eyewash]
iii] bertujuan mempengaruhi siasatan tersebut dengan “gundah gujara” [with fear and favour]
iv] tidak menghormati perlembagaan persekutuan
v] tidak menghormati institusi kehakiman

SELCAT memperolehi bidang kuasa daripada arahan Dewan Undangan Negeri. Jesteru Menteri Besar tanpa mandat DUN tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan SELCAT untuk membuat siasatan apatah lagi siasatan tersebut bersifat JENAYAH yang mana SELCAT tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat.

Kuasa untuk menyiasat sesuatu perbuatan jenayah khususnya jenayah rasuah adalah terletak dibawah Polis Diraja Malaysia [PDRM] dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM], dibawah kuasa selia pendakwaan yang terletak kepada Peguam Negara menurut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang sedemikian, MB dan DUN serta SELCAT tidak boleh beroperasi secara selari [parallel] dengan badan badan yang telah diberikan kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan.

Siasatan oleh SELCAT hanyalah retorik kepada rakyat Selangor kononnya kerajaan negeri mengamalkan ketelusan. Tujuan berselindung siasatan SELCAT ini sebenarnya hanyalah satu manupulasi polotik yang akan melindungi perasuah dan salah laku perasuah dengan mencabar wibawa SPRM dan PDRM apabila siasatan pihak berkuasa itu mendapati penyelewengan berlaku.

Komposisi, kuasa pembentukan dan bidangkuasa SELCAT itu sendiri dicabar di Mahkamah Tinggi Shah Alam dimana sekarang ini proses guaman masih berlangsung di Mahkamah dan sepatutnnya atas sikap hormat kepada undang undang dan perlembagaan serta institusi kehakiman, operasi dan aktiviti SELCAT haruslah digantung buat sementara waktu ini.

Saya juga ingin menegaskan sokongan kepada usaha gigih dan jujur Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manikavasagam didalam perjuangan melawan rasuah dinegeri Selangor dan sedia bersama beliau memerangi kelompok perasuah yang bukan sahaja MERBAHAYA tetapi berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan negeri Selangor.


MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Ahli Dewan Negara

20hb Mei 2010

26 comments:

  1. Salam tuan,

    Mohon link kan blog; http://bumiyang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. haru biru, kacau bilau, tonggang langgang, tunggang terbalik,punah ranah, sapo punya pasal?

    ReplyDelete
  3. Tepat dan padat! Teruskan usaha saudara!

    ReplyDelete
  4. semoga ALLAH melindungi saudara Ezam. Teruskan perjuangan suci mu itu. Jangan gentar sama sekali. Anwar laknatul akan di rejam dengan dosanya. Syaitan yang bertopengkan manusia.

    ReplyDelete
  5. PARTI ISLAM MELAYU ©®™

    PARTI MELAYU ISLAM SEBUAH BLOG YANG AKAN MEMPERJUANGAN HAK ORANG ISLAM KHUSUNYA MELAYU. DISAMPING MEMBERI PANDANGAN DAN TEGURAN KEPA AHLI-AHLI POLITIK DAN PARTI-PARTI DEMI MENJAMIN PERSAUDARAAN MELAYU SENTIASA TERJALIN ©®™
    http://parti-islam-melayu.blogspot.com/

    tolong link blog saya...

    tahniah atas menjadi bolgger seperti kami HIDUP MELAYU

    ReplyDelete
  6. Salam tuan,

    minta untuk ambil link tuan ke blog saya,

    minta tuan juga linkkan blog saya ke blog tuan.

    semaoga kita dapat bersama-sama berkongsi dan bertukar2 pandangan mengenai politik negara..


    http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

    khairul hafidz,
    YDP Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Pusat,
    UNPAD,Bandung

    ReplyDelete
  7. harap yb sudi link kan blog teman.tq

    ReplyDelete
  8. Salam YB.

    Selcat tidak diberi kuasa untuk mendakwa dimahkamah. Kecurian pasir adalah jenayah dan sejak bila Selcat menjadi mahkamah.Isu kecurian pasir dan simbah cat merah suatu ancaman terhadap kerajaan negeri. Mengapa mesti disembunyi sedangkan terdapat unsur kongsi gelap dalam perkara ini. Sekiranya tiada tindakan tegas kongsi gelap akan menjadi kuasa kedua didalam kerajaan negeri.

    Khalid wajib telus, begitu juga dgn Ronnie Liu yg sering dikaitkan dgn gerakan bawah tanah. Kalau semua wakil rakyat takut pada gangster apa nak jadi dgn rakyat.

    ReplyDelete
  9. teruskan perjuanganmu Ezam... Nescaya kebenaran pasti terbukti...

    ReplyDelete
  10. http://bumiyang.blogspot.com/2010/05/tahniah-pemuda-umno-sekijang-disebalik.html

    ReplyDelete
  11. 'curi artikel' sikit di sini hehehe...

    jemput ke blog saya http://penembak-tepat.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Harap buat komen mengenai Sime Darby tuan Senator, sebagai suatu amalan menghapus rasuah. Terutama jika tuan senator ada inside information.
    You state your case, you name names, you take the risk, you get rewarded. Thats what UMNO need.
    Bukan buat duit secara was-was dan tunggu dapat pangkat tanpa usaha dan perjuangan. Dalam jihad ramai yang gugur, tetapi balasannya sangat lumayan diakhirat (itupun kalau percaya).

    ReplyDelete
  13. SLM TUAN..SEMOGA USAHA BERTERUSAN TUAN AKAN DIBERKATI ALLAH S.W.T..AMINNNN

    ReplyDelete
  14. Minggu lepas berkobar-kobar MP Kapar nie nak jadi jaguh kononnya untuk keADILan Rakyat.Membongkar segala NANAH dan PEKONG sendiket curi pasir di Selangor. Malangnya semalam di laporkan Manikavasagam nie dah “peng” 360 darjah. Tak jadi bawa isu ini ke SPRM selepas jumpa Punahsihat Ekonomi Negeri Selangor yang bernilai RM 1.

    Selepas berjumpa idolanya al-juburi wal yahudi, kes itu hanya di bawa kepada SELECT. Apa barang MP nie?.

    YB Perlu ingat kes ini bukan kes curi bini orang yang melibatkan dua pihak atau tiga pihak sahaja. Kes ini kes kepentingan Umun, melibatkan harta rakyat dan negeri. Apa barang SELECT boleh buat?.

    Sejauh mana kredibiliti SELECT menangani isu ini. Apa bidangkuasa SELECT. Kerajaan Negeri bawah Khalid gagap nie memang kartun, ada penasihat tapi punahsihat ekonomi value nya hanya RM 1. Mahal lagi harga anak burung yang belum tumbuh bulu.
    Kes rasuah dan salahgunakuasa pula di handle oleh mahkamah sendiri yang di beri nama SELECT hakimnya bapak kongsi gelap, bapak arak, bapak islam murtad dan segala bapak yang menghancurkan Negara.

    Kasihan rakyat Selangor, sekali lagi di kelentong oleh PARTAI KELENTONG RAKYAT.

    Salam tuan Ezam Mohon link kan blog; http://melayupasirgudang.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. SEMOGA RAMAI LAGI PEMIMPIN MELAYU YG BERJIWA SPT SANETOR MOHD EZAM....BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH....TERUSKAN PERJUANGA MU TUAN SUPAYA AGAMA , NEGARA ,DAN BANGSA TERPELIAHARA DARIPADA DAJJAL2 YG BERWAJAH MANUSIA!!!!

    ReplyDelete
  16. Selcat hanya alat pakatan rakyat untuk menyembunyikan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka. Selcat tidaklah setelus disangka kerana dikuasai pemimpin Pakatan Rakyat.

    PKR = Illuminati

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Terima kasih atas kesudian Senator untuk dtg ke Kg. Bukit Kapar tempoh hari. Untuk makluman, maklum balas amat menggalakkan dimana ramai yang mahukan Senator dtg kembali ke kg kami. "singkat sgt rasanya", terpacul dari kata2 mereka. Ramai lagi yang tidak berkesempatan untuk menghadiri sessi itu. Sebagai contoh, kawan2 saya yg tidak minat politik yang kami bawa malam itu, bertanyakan bagaimana untuk mendaftar undi, bagaimana untuk menjadi ahli UMNO. Terima kasih Senator!!!

    Wahai pendekar dan panglima cicak mengkarung al-liwati wal yahudi pasdapig, sedarlah... Jeneral Perang anda yang sanggup meringkuk dalam penjara, yang memulakan kebangkitan reformasi pun telah kembali ke jalan Allah.

    Kerna itu bukan reformasi, itu bontotkasi.

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete
  18. Tahniah saudara ezam atas perlantikan jawatan senator di Dewan Negara.Sesungguhnya perlantikan itu menuntut tanggungjawab yg berat.

    Tahniah juga kerana sedia menceburkan diri ke dunia blog.Sudah lama kami menantikan sdr berblog untuk mendengar suara hati saudara tentang kebejatan2 yg berlaku di dunia politik semasa.

    Saya kira tujuan dan matlamat utama sdr dan kita semua adalah menjatuhkan tokoh perosak negara,bangsa dan agama no 1 negara yg sdr pun sedia maklum.

    Harap2 sdr kekal dengan matlamat yg satu ini disamping konsisten dgn perjuangan menghapuskan rasuah perosak umat.

    ReplyDelete
  19. Apa pun, tahniah YB Senator, dah lama tunggu posting YB kat Blog ni.

    ReplyDelete
  20. Atas segala yang terjadi akibat kekalutan politik hari ini Ezam, rakyat tuntut di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  21. hey melayu pasir gudang....lu citer apa mamat.............

    ReplyDelete
  22. KAMULAH INSAN YG PALING BERJIWA HAMBA YG AKU PERNAH JUMPA . ....

    ReplyDelete
  23. niat kne btol...itu asas sesuatu amalan diterima

    ReplyDelete
  24. Jika bernas benar pandangan saudara, apakata saudara majukan pada UMNO..siasatan berkaitan "politik wang" harus dilakukan oleh SPRM dan polis..bukannya jawatankuasa disiplin...

    ReplyDelete