Sunday, June 26, 2011

Wawancara Mingguan Malaysia - Ezam: Ini Agenda Politik Anwar

PERHIMPUNAN haram yang dirancang pada 9 Julai depan di Kuala Lumpur mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Walaupun penganjur perhimpunan haram itu mendakwa untuk mendesak pilihan raya diadakan secara telus dan adil, tetapi agenda tersembunyi ialah untuk tujuan politik pembangkang. Mereka memperalatkan penyokong sekaligus menjejaskan keselamatan orang ramai.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yakin tujuan perhimpunan haram itu mempunyai agenda untuk kepentingan politik individu tertentu kalangan pembangkang.

Mohamad Ezam yang pernah merancang dan mengetuai perhimpunan haram selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri mendedahkan, semua itu diwujudkan untuk kepentingan Anwar. Beliau yakin perhimpunan haram itu untuk menimbulkan kekacauan sekaligus menggulingkan kerajaan kerana pembangkang tidak akan menang menerusi pilihan raya.

Beliau juga mendedahkan pernah mengetuai perhimpunan haram kononnya Anwar diracun ketika ditahan di penjara dan beliau ketika itu yakin Anwar dizalimi dan berjuang demi Anwar.

“Motif perhimpunan kali ini bukan untuk mencari keadilan tetapi untuk menimbulkan kacau bilau supaya mereka dapat mengambil kesempatan,” demikian tegas Mohamad Ezam ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID Jumaat lalu.


MINGGUAN: Bagaimana saudara melihat isu Perhimpunan Bersih kali ini?

MOHAMAD EZAM: Bagi saya walau apa pun alasan mereka, matlamat akhir mereka adalah untuk menggulingkan kerajaan. Ketika demonstrasi jalanan 1998, matlamat kami ketika itu adalah untuk menggulingkan kerajaan. Saya masih ingat lagi kata-kata Anwar, ketika beliau memarahi saya atas penggunaan ayat “menggulingkan kerajaan”. Beliau menyatakan jangan sebut menggulingkan kerajaan kerana ia adalah agenda tersirat. Beliau nak saya nyatakan isu lain seperti pilihan raya lebih adil, memperjuangkan keadilan dan sebagainya. Namun sebenarnya yang tersirat adalah untuk menggulingkan kerajaan. Oleh itu bagi saya tujuan Bersih bukan membersihkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi mempunyai agenda tersirat mahu menggulingkan kerajaan.

Cuba kita lihat kenapa mereka memilih melakukan perhimpunan Bersih di jalan raya. Ini kerana mereka tahu tidak boleh menang dalam pilihan raya akan datang. Padahal mereka ada saluran lain seperti berarak di stadium dan sebagainya. Apakah kalau mereka ini menang pilihan raya mereka akan berarak di jalanan. Mereka menjangkakan pilihan raya akan berlangsung pada bila-bila masa dan sebelum ia berlangsung seperti mana yang berlaku pada 2007, mereka mahu buat sesuatu untuk memburuk-burukkan kerajaan. Cumanya pada pilihan raya 2008 mereka menang di beberapa negeri dan keadaan ini agak mengejutkan mereka kerana tidak menyangka boleh menang walaupun bukan mengambil alih kerajaan.

Pilihan raya lepas mereka berjaya menawan beberapa negeri tetapi kenapa masih menggunakan isu SPR tidak telus?

Baca seterusnya...., sila klik sini

Wednesday, June 1, 2011

PAS Jangan Terpedaya Dengan Isu QAZAF.....

Menjelang Muktamar Tahunan PAS ke 57 yang bakal berlangsung diharap perwakilan akan dapat menmanfaatkan persidangan mereka dan menjelaskan pelbagai isu yang selama ini dikelirukan terutamanya dalam isu moral Anwar Ibrahim.

Jangan ada para muktamirin yang terpedaya dengan kompangan ini adalah isu qazaf. Sebenarnya ini langsung tidak ada kena mengena dengan isu qazaf, sebab tiada siapa pun yang menuduh Anwar berzina. Datuk Eskay cuma menyatakan bahawa beliau punya bukti berbentuk videoklip yang rakan baiknya Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Itu tidak boleh termasuk dalam Qazaf….Isu videoklip ini sengaja diputarbelitkan sebagai isu qazaf sebab hendak menutup kebenaran yang sudah begitu jelas!

Sesiapa yang mempunyai sedikit keimanan dan ketaqwaan, bila menjawab soalan-soalan diatas, pasti akan terbuka dihati dan jiwanya bahawa tiada sebarang rumusan lain selain daripada menegaskan bahawa PAS wajib mufaraqah daripada Pakatan pembangkang, dan berjuang sendiri diatas platform Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah.

Sesiapa juga para muktamirin yang melihat dengan mata keimanan akan dapat melihat dengan jelas bahawa pakatan pembangkang yang ada ini adalah satu pakatan songsang..dalam erti kata lain, ianya satu PALUT: Pakatan Luar Tabi'e yang akan memusnahkan dan merosakkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Ingatlah pesan seorang ulama' besar bahawa Islam huwal Islam, Islam itu Islam, ia berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa kecuali ALLAH Azzawajal.

Semua yang dinyatakan diatas dipetik dari penulisan Blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Yb Zulkifli Nordin…..

Begitu juga dengan 7 ISU Besar yang dilontarkan oleh Yb Zul untuk muktamirin [perwakilan PAS] selesaikan dan dapatkan jawapan kepada persoalannya….

1. PERJANJIAN PERSEFAHAMAN YANG MEMBUNUH PERJUANGAN ISLAM

Adakah para muktamirin sedar bahawa Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani pada 18.12.2009 di Shah Alam telah dan akan membawa kesan dan implikasi serius kepada PAS, iaitu antara lain bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memenangi pilihanraya dan memerintah.

Jangan termakan pembohongan yang menyatakan bahawa Perjanjian itu hanya untuk merumus persetujuan bersama kesemua parti, tetapi masing-masing dibenarkan terus dengan agenda perjuangan masing-masing, DAP dengan Malaysian-Malaysianya, PAS dengan Negara Islamnya, dan PKR dengan cita-cita nak menabal pemimpin anugerah tuhannya sebagai Perdana Menteri.

Itu semua putarbelit sahaja untuk menutup isu. Yang jelas dan muktamadnya Anwar, Karpal Singh & Kitsiang (dengan kerjasama segelintir pengkhianat didalam dan luar PAS) telah menyatakan bahawa agenda penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan pembangkang jika memerintah.

Persoalannya, adakah para muktamarin sedar Perjanjian ini sebenarnya menjadikan dasar asas perjuangan PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat dibakulsampahkan? Adakah para muktamarin bersedia melakukan pengkhianatan terhadap perjuangan tersebut?

Tidak ingatkah perjuangan dan pengorbanan pejuang saperti Assyahid Ustadz Ibrahim Libya, Ustadz Zulkifli Mohamad dan ramai lagi yang membayar dengan nyawa semata-mata untuk berjuang menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah? Tidak sedarkah para muktamirin bahawa mereka sedang berdiri meni'mati sedikit "kejayaan" diatas darah para pejuang dan syuhada ini!

Jawapannya mudah, jika PAS mahu kembali kepada perjuangan asal, para muktamirin harus bangkit dan menegaskan bahawa PAS perlu dan wajib mufaraqah daripada Pakatan Syaitan ini, dan berjuang bersendirian diatas kalimah Laa ila haillallah. Itulah yang dibuat oleh Rasulullah, dan itulah resepi kejayaan Sultan Salahuddin.


2. HAK KERAJAAN PAS MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM AKAN DINAFIKAN

Adakah para muktamirin sedar bahawa jika Pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri termasuk dibawah kepimpinan PAS tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan undang-undang Islam, termasuk mengharamkan arak, judi dan lain-lain. Inilah kesan secara langsung Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang telah ditandatangani, yang sentiasa diungkit dan dijadikan senjata menentang PAS dalam apa njuga isu yang melibatkan perlaksanaan dan penguatkuasaan syariat Islam.

Jangan lupa apa yang terjadi di Selangor, sehingga kepimpinan cauvinis, extremis dan rasis DAP dengan biaDAP mendesak supaya Pesuruhjaya PAS Selangor dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang daripada jawatan Exco Hal Ehwal Islam semata-mata kerana beliau mahu melaksanakan apa yang beliau faham aspirasi perjuangan PAS yang asal.

Jangan lupa usaha Kerajaan Tok Guru hendak mengharamkan judi di Kelantan dikritik hebat oleh manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan dan menerima kutukan daripada Karpal Singh dan kekawan DAPnya. Sehingga Anwar menegur Tok Guru supaya merujuk kepada kepimpinan PKR dan DAP dahulu sebelum buat sebarang keputusan mengenai perlaksanaan undang-undang mengharamkan judi tersebut. Adakah para muktamirin sedar itu adalah petunjuk ALLAH akan jenis pemerintahan yang akan berlaku jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan;

3. PAS LANGSUNG TIDAK DIHORMATI

Adakah para muktamirin sedar PAS langsung tidak dihormati oleh Anwar dan kekawan DAPnya. Jangan lupa apa yang terjadi di Kedah, apabila seorang ADUN DAP di Kedah (walaupun hanya seorang) dengan begitu biadap mengugut kepimpinan Kerajaan PAS Kedah supaya membatalkan perobohan pusat penyembelihan babi dan akhirnya membawa DAP Negeri Kedah keluar Pakatan pembangkang.

Jangan lupa apa yang berlaku di Pulau Pinang bila mana Kerajaan DAP langsung tidak menghormati satu-satunya ADUN PAS YB Ustadz Salleh Man (dahulu YB Almarhum Ustadz Hamdan) dengan tidak memberi sebarang kedudukan pun kepada PAS, termasuk portfolio Exco Hal Ehwal Islam, Pengerusi Majlis Agama pun tak diberi. Jangan lupa penghinaan yang dibuat oleh Ketua Staf Lim Guan Eng yang melabel saudara Razali, seorang ahli Jemaah Islah Malaysia sebagai extremis dan teroris!

Jangan lupa pengumuman sembrono Anwar mahu melantik Baru Bian, seorang Kristian sebagai Ketua Menteri Sarawak tanpa langsung merujuk kepada PAS. Lihat bagaimana DAP Sarawak langsung tidak memaklumkan, jangankan berbincang dan merujuk, kepada kepimpinan PAS apabila melantik kabinet bayangan di Sarawak? Tidakkah ini menyedarkan para muktamirin bahawa Pakatan pembangkang memang langsung tidak menghormati PAS!

4. ANWAR PENGANUT FAHAMAN PLURALISMA?

Para muktamirin wajib mendapatkan pengesahan dan pengakuan terbuka daripada Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan bahawa dia menolak fahaman pluralisma. Buktinya, dalam ucapan di London School of Economics pada 18.03.2010 (sila rujuk http://anwaribrahimblog.com/2010/03/22/public-lecture-by-anwar-ibrahim-at-the-london-school-of-economics-march-18-2010/), Anwar berkata,

"saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan bahawa untuk pluralisma agama berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral untuk seseorang itu berkata kepada orang lain yang mempunyai kepercayaan lain daripadanya "kami beriman dengan Tuhan kami dan kami percaya kami benar, kamu percaya kepada tuhan kamu, tetapi kepercayaan kamu tidak betul".

"Kitab agama sikh Guru Granth Sahab memberitahu bahawa orang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian membawa kepada Yang Satu akan menjadi bebas merdeka, tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan jatuh terbakar kedalam api neraka. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dalam nikmat kebenaran".

Kenyataan ini bercanggah sama sekali dengan Surah Al Kaafirun, dan firman ALLAH bahawa "sesungguhnya Aku yang mengutus Muhammad dengan agama Islam yang benar dan haq, dimenangkan diatas agama lain, walaupun tidak disukai oleh musyrikin (dan kaafirun)".

Sebaliknya kenyataan Anwar diatas jelas membawa implikasi dan kesan bahawa aqidah dan fahaman umat Islam yang menegaskan agama Islam itu benar , bahawa agama lain itu salah dan batil adalah salah dan tidak benar. Malah Anwar berkata orang berfahaman saperti itu akan dibakar oleh api neraka!!! Na'uzubillah min zalik.

Persoalan besar yang perlu dibahas dan dikupas oleh para muktamirin, adakah PAS bersedia bersekongkol dan menjadikan penganut fahaman pluralisma saperti ini sebagai pemimpin, dan Perdana Menteri? Oleh itu sangat penting, malahan mejadi sesuatu yang wajib bagi para muktamirin untuk mendapatkan pengesahan terbuka Anwar mengenai fahaman pluralisma yang di anutinya. Jika ianya benar, maka wajiblah para muktamirin mengusulkan supaya PAS bermufaraqah daripada pemimpin saperti ini; yang bukan sahaja bergelumang dengan permasaalahan akhlak, malah aqidahnya mungkin boleh dipersoalkan. Kerana kata para ulama', penganut fahaman pluralisma ini jika tidak bertaubat adalah sesat dan murtad!

5. KARPAL SINGH: LANGKAH MAYAT DULU

Para muktamirin perlu mendapatkan pengesahan dan komitmen terbuka Karpal Singh bahawa dia sudah membuang prinsip "langkah mayat saya dulu" jika PAS mahu menubuhkan sebuah negara Islam, bahawa beliau tidak menentang perjuangan PAS hendak mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat Islam jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan.

Janganlah para muktamirin lupa perisytiharan terbuka Karpal Singh bahawa "langkah mayat saya dulu" kalau PAS berangan nak menubuhkan daulah Islamiyyah dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Janganlah para muktamirin terpedaya dengan kelentong menyatakan itu bukan isu besar.

Teman cukup yakin akan ada nanti kenyataan yang menyatakan PAS perlu fokus kepada memenangi pilihanraya umum dahulu, baru kita bercakap tentang negara Islam dan perlaksanaan syariat. Prinsip menang dulu balah kemudian wajib ditolak oleh para muktamirin. Fakta-fakta yang teman sebut diatas jelas membuktikan bahawa selepas menang pilihanraya, suara dan pendirian PAS memang langsung tidak akan dihormati. Silap-silap berbincang dengan PAS pun tidak akan dilakukan!

6. KIT SIANG TIMBALAN PERDANA MENTERI

Adakah para muktamirin sedar bahawa jika PR memerintah bapak cauvinis dan extremis bernama Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kalau tak percaya, cuba mintak manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu supaya menafikan secara terbuka Kitsiang tidak akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pastikan Anwar buat penafian terbuka yop, kalau tidak nanti dengan PAS dia temberang lain, dengan DAP dia kelentong lain!

Jangan biarkan Anwar & Kitsiang berdolak-dalik dan memutar kata perlantikan itu bukan menjadi isu kerana yang penting menang dulu, fokus kepada pilihanraya dan lain-lain. Itu semua temberang dan kelentong sahaja. Pastikan Anwar & Kitsiang secara terbuka diatas pentas memberi komitmen dan pengesahan itu.

Biar satu dunia dengar, sebab memang trick Anwar dia akan bisik lain pada kita, dan cakap lain pada orang lain. Jangan nanti bila dah berlaku baru tersedar kita dah kena kencing dengan Anwar & Kit Siang!

7. KARPAL LOYER ANWAR?

Juga para muktamirin wajib mendapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Karpal Singh, Pengerusi DAP, apa rancangan dan agenda dia dalam beriya-iya membela manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini? Sebab dialah orangnya didalam Parlimen empat belas tahun lepas pada 22.10.1997 mendedahkan punya bukti dokumen Anwar meliwat kaikitangannya (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya menyiasat Anwar segera.

Karpal juga orangnya yang mendedahkan dalam satu ucapan di Federal Hotel Kuala Lumpur bahawa dia punya bukti Anwar telah meliwat Azizan. Karpal jugalah orangnya yang bertemu dengan Umi Hafilda dan Azizan dan menjadi peguam menasihati mereka.

Karpal jugalah orang yang mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan apabila pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar. Jadi dapatkan penjelasan secara terbuka daripada Karpal apa agenda beliau sebenarnya.

Adakah ini taktik untuk meletakkan Anwar didalam genggaman DAP, sentiasa tunduk kepada kehendak DAP, kata orang Perak "selagi dapat picit teloq Anwar, selagi itu dia akan ikut rentak DAP!". Kerana PAS sebagai parti berteraskan Islam sudah tentu tidak mahu ada diantara pemimpin sekongkolan mereka terpalit dengan pertuduhan jijik saperti itu;

SumberBlog Yb Zulkifli Nordin