Thursday, October 21, 2010

Jangan Ikut Emosi Sokong Anwar

Senator Ezam Mohd Nor menyeru rakyat Malaysia terutamanya bangsa melayu yang masih menjadi pengikut setia dan menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terlalu mengikut emosi dalam menyokong setiap tindakan bekas perdana menteri berkenaan.

Beliau berkata, sudah sampai masa rakyat menilai secara rasional mengenai sikap dan moral Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat [PKR] itu terutamanya dalam kes liwat membabitkan beliau.

Ezam berkata, sikap emosional sebahagian rakyat Malaysia mempertahankan Anwar dan perjuangan peribadinya itu hanya akan melemahkan kekuatan Melayu dan boleh membawa negara ke arah kehancuran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang menafikan tanggapan sesetengah pihak mengatakan kes liwat Anwar adalah konspirasi kerajaan.

Mengulas lanjut, sebenarnya keputusan Tun Mahathir adalah sangat tegas dan tepat. Namun disebabkan terpengaruh dengan permainan emosi dan gagal menilai dengan rasional, ramai yang membantah serta mencemuh keputusan dibuat Tun Mahathir ketika memecat Anwar daripada jawatan yang disandangnya ketika itu.

“Saya sendiri antara yang menentang keputusan Tun Dr Mahathir ketika itu kerana terpengaruh dengan sandiwara dan muslihat Anwar. Kesilapan saya dan ramai rakyat ketika itu ialah kita bersifat terlalu emosional”, katanya.

Ezam berkata disebabkan sikap Anwar yang bijak mengalih perhatian dan pandai bermain kata, ramai rakyat yang tidak dapat menerima keputusan Tun Dr Mahathir.

“Sebenarnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2004 telah membuktikan Tun Dr Mahathir betul.... Keputusan bertulis hakim hakim jelas menunjukkan bahawa aktiviti homoseks yang didakwa, memang berlaku walaupun akhirnya terpaksa membebaskan Anwar atas sebab teknikal.”

“Keputusan itu sebenarnya yang jadi asas saya tinggalkan Anwar selepas itu. Saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin seperti itu. Ini soal moral dan akidah” katanya.

Jesteru beliau berkata, sudah tiba masanya untuk setiap rakyat Malaysia mengikut sikap Tun Dr Mahathir yang lebih rasional dan mengetepikan soal emosi untuk menolak pemimpin seperti itu.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana dengan ketegasan dan kerasionalan tindakannya itu kini semakin ramai yang sedar permainan licik Anwar yang sanggup mengetepikan moral dan bangsa demi mencapai cita-cita peribadinya” katanya

Disiarkan Akhbar SINAR Harian 22 Oktober 2010.

Rakyat Perlu Berterima Kasih Kepada Dr Mahathir

Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad mengheret Dato Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan liwat bukan sahaja tepat malah rakyat harus berterima kasih dengan tindakan tegas yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan [AMK], Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2004 telah membuktikan bahawa tuduhan Dr Mahathir itu adalah betul.

Menurutnya, keputusan bertulis hakim-hakim jelas bahawa terdapat aktiviti homoseksual yang didakwa walaupun terpaksa membebaskan Anwar atas sebab teknikal.

“Ya, keputusan Dr Mahathir pada masa itu tepat walaupun ia satu keputusan yang amat sukar kerana ramai rakyat tidak dapat menerima dan mencemuhnya.

“Saya sendiri antara yang menentang keputusan Dr Mahathir ketika itu kerana terpengaruh dengan sandiwara dan muslihat Anwar..” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Semalam Dr Mahathir semasa bercakap pada forum masyarakat antarabangsa menegaskan bahawa tindakannya pada 10 tahun lepas sebagai satu yang tepat dan bukan satu konspirasi.

Sehubungan itu, Dr Mahathir mahu semua pihak berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan dengan tuduhan yang sama.

Jesteru Mohamad Ezam menyeru kepada mereka yang masih menyokong Anwar supaya menilai secara objektif, rasional dan membuang perasaan emosional terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat [PKR] itu.

Malah tegasnya, kesilapan beliau dan ramai lagi orang ketika itu adalah kerana bersikap terlalu emosional.

“Kira mesti ikut sikap tegas Dr Mahathir dan bersikap rasional untuk menolak pemimpin seperti itu”.

“Keputusan tersebut juga sebenarnya menjadi asas kepada diri saya untuk meninggalkan Anwar, “ katanya.

Sementara itu, pakar Perlembagaan, Dr Shamrahayu A Aziz berkata tindakan Dr Mahathir mempunyai asas tersendiri kerana beliau lebih tahu apa yang berlaku ketika itu.

“Dr Mahathir seorang pemimpin berani dan buat apa yang dia kata. Tindakan mesti ada sebab dan mungkin dia tahu apa yang Anwar buat ketika itu” katanya yang juga Pensyarah Undang Undang Perlembagaan, Kuliah Undang Undang Universiti Islam Antarabangsa [UIA]

Siaran Utusan Malaysia bertarkih 20 Oktober 2010.

Monday, August 2, 2010

isytihar harta - langkah reform yg seharusnya disokong

1. Ketua Pesuruhjaya SPRM telah menyatakan baru2 ini pandangan beliau agar menteri kabinet dan pemimpin kerajaan mengisytiharkan harta mereka kepada umum didalam usaha memperkukuh langkah reform melawan gejala rasuah di negara ini.

2.Berbagai reaksi timbul berikutan kenyataan Pesuruhjaya SPRM itu yang pada hemat saya jujur dan berani didalam cita2 membanteras rasuah di negara ini.

3.Saya sokong dan amat bersetuju dengan pandangan beliau dan percaya ianya satu langkah ke arah pemantapan reform yang signifikan di negara ini.

4.Namun saya merasakan keperluan menumpukan tumpuan kepada memantapkan imej SPRM di mata rakyat terlebih dahulu sebelum langkah baru dilakukan.

5.Kredibilti SPRM merupakan prasayarat utama didalam menjayakan sebarang langkah berani mempertingkatkan usaha reform dinegara ini dan kita sedia maklum imej SPRM tercalar akibat serangan yang sengaja dilakukan oleh anasir anti kerajaan yang melaungkan reform palsu.

6.Justeru saya merasakan keperluan untuk fokus mempertingkat imej dan kredibiliti SPRM buat masa ini dan hanya setelah kredibiliti dipulihkan sepenuhnya langkah2 lain di lakukan termasuk langkah perisytiharan harta kepada umum.

7.Namun saya ingin ulangi sokongan terhadap cadangan Pesuruhjaya SPRM dan mengucapkan syabas atas cadangan jujur dan berani beliau.


Sunday, July 11, 2010

Syorkan Baca Artikel - Mimpi Penyatuan Bangsa Melayu Melalui Nusantara

Hari ini akhbar Mingguan Malaysia telah menyiarkan sebuah rencana yang menarik perhatian saya. Penulisan oleh Mazlan Nordin telah berjaya mengupas dengan baik harapan untuk penyatuan melayu dirantau Nusantara kita.

MIMPI PENYATUAN BANGSA MELAYU MELALUI NUSANTARA

Sambutan ulangtahun Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] yang ke 40 baru baru ini mengenangkan kembali ingatanpelbagai pihak kepada sesuatu yang dilafazkan oleh Profesor Ismail Hussein, terus peneraju GAPENA, pada suatu masa dahulu....

Untuk bacaan seterusnya, klik sini

Monday, July 5, 2010

Agenda Jahat Rosakkan Institusi Negara

  1. Saya mempunyai bukti bahawa akhbar The Star dan laman web Malaysiakini ada agenda jahat terhadap projek Istana Negara yang baru [dalam pembinaan] dan mereka berselindung disebalik isu buruh asing.
  2. Fokus mereka adalah untuk menimbulkan rasa marah rakyat terhadap projek negara dan sengaja memperbesar-besarkan isu gaji buruh asing yang sedang bekerja ditapak pembinaan projek tersebut.
  3. Malaysiakini mewar-warkan projek itu sebagai Istana Airmata "Palace of Tears".
  4. Manakala The Star pula bersekongkol dengan orang kanan pemimpin parti pembangkang yang beberapa hari sebelum itu terlebih dahulu mencemuh projek Istana Negara dengan menyamakan kos projek pembinaan istana ini sama dengan kos theme park di eropah.
  5. Saya mempunyai kesemua bukti bukti dakwaan saya ini dan akan menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan Majlis Raja Raja dalam tempoh waktu yang terdekat.
  6. Saya tegaskan bahawa inilah bukti manupulasi JAHAT anasir yang ada agenda mahu merosakkan institusi asas negara.
  7. Ianya bukan satu isu rasis kerana Istana Negara bukan istana untuk sesuatu bangsa tetapi ianya istana bagi negara ini.
  8. Hanya orang yang rasis sahaja melihat negara sebagai bangsa dan mereka yang rasis adalah The Star dan Malaysiakini.

Senator MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Ahli Dewan Negara Malaysia