Thursday, May 19, 2011

Anwar, Wan Azizah & Izzah Di Cabar Lakukan 4 Perkara...

KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:

•Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

•Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

•Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

•Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

"Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya

“Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

“Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya.

Utusan Online...

Tuesday, April 26, 2011

DAP Peralat Sokongan Cina - Ezam

KUALA LUMPUR 25 April - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat bijak membakar sentimen perkauman Cina demi mendapat sokongan kaum itu dan seterusnya mengekalkan kekuasaan dinasti keluarganya dan parti berkenaan di Pulau Pinang.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Kit Siang itu tidak ubah seperti langkah Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang berjaya mengekalkan kekuasaan dinasti Lee di republik tersebut.

Di samping itu, katanya, Kit Siang juga akan terus mempergunakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memecahkan undi Melayu yang pastinya akan memberi dividen politik kepada DAP.

"Kit Siang sanggup memperbodohkan kaum Cina jika ia memberi jaminan supaya keluarganya dapat mengekalkan kuasa politik di Pulau Pinang.

"Dia akan membuat apa saja janji yang perlu bagi mengekalkan Pulau Pinang jadi hak milik dinasti keluarga. Kit Siang akan terus membakar sentimen kaum Cina untuk mendapat undi kaum itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Ezam yang juga bekas Ketua Pemuda PKR menambah, Kit Siang kini membakar sentimen kaum Cina dengan membawa slogan 1Cina bagi mencabar konsep 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatupadukan seluruh masyarakat dalam negara.

"Soalan utama adalah apakah tujuan Lim Kit Siang membawa konsep Satu Cina ini?," katanya.

Utusan Online.

Friday, March 18, 2011

“Kasus Pak Anwar, Kasus Jenayah” Ezam beritahu NGO Indonesia

Kes mahkamah yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kes jenayah bukan kes politik, kata Senator Mohd Ezam Mohd Nor dalam satu pertemuan dengan pemimpin NGO-NGO Indonesia di Kuala Lumpur Selasa.

Ezam menegaskan, kerajaan tidak ada pilihan kecuali mendakwa Anwar berikutan laporan polis yang dibuat oleh pekerja beliau sendiri berserta dengan bukti-bukti.

“Saya sendiri pernah menjadi setiausaha politik Pak Anwar, pernah membela beliau sehingga dihukum penjara, tetapi setelah saya selidiki, saya tinggalkan Anwar,” katanya.


Dalam pertemuan yang turut dihadiri Ketua Pengarang ANTARA Saiful Hadi itu, Ezam menegaskan bahawa di Malaysia, sodomi merupakan satu jenayah.

“Mungkin di Barat sodomi bukan jenayah, tetapi di Malaysia ia merupakan satu jenayah dan orang yang dituduh atas perbuatan tersebut perlu berdepan tindakan undang-undang,”katanya.

Menurut Ezam, hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai negara bersaudara yang berkongsi agama, budaya, bahasa perlu terus ke depan.

“Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak saya percaya hubungan antara dua negara akan terus dipereratkan lagi,”ujarnya.

Diskusi tersebut dianjurkan untuk NGO kedua-dua negara bertukar pandangan mengenai isu-isu yang melibatkan hubungan langsung Malaysia-Indonesia.

Sementara itu, Ketua Umum Pemuda Muhammadiyah Dr Saleh P Daulay dalam majlis yang sama mahu NGO-NGO Indonesia supaya lebih tegas dengan anggota mereka yang terlibat dalam demonstrasi anti Malaysia.

“Di sini kita ada wakil Nahdatul Ulama, Gerakan Pemuda Ansor, Pelajar Islam Indonesia, Himpunan Mahasiswa Islam, ini semuanya selalu ke jalanraya ini (demonstrasi) apa kiranya kita ambil kesepakatan di sini selepas ini jika keadaan memanas antara Indonesia dan Malaysia, kita menjadi bentang mempertahankan kerukunan dua negara,”kata beliau disambut laungan sokongan dari mereka yang hadir.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Ketua Umum Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia Muhamad Makmur yang mencadangkan satu ‘task force’ antara NGO kedua negara bagi mendepani masalah bersama.

“Kita perlu gerakkan secepat mungkin, biar ia menjadi kenyataan, jangan hanya diskusi sahaja, mari kita terjemahkan dalam bentuk tindakan,”katanya.

Selain wakil NGO-NGO Islam turut serta adalah termasuk Persatuan Wartawan Indonesia dan beberapa agensi media republik tersebut.

Turut mengambil bahagian dalam diskusi tersebut adalah Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kassim, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor [GAPS] Hamidzun Khairuddin, dan aktivis masyarakat Hamdan Taha.- 16/3/2011 disiarkan oleh Agendaidaily

Tuesday, February 1, 2011

Suasana Lapangan Terbang Kaherah Seperti Perang

Kerajaan digesa bertindak segera membawa pulang penuntut Malaysia di Mesir sebelum keadaan dinegara itu bertambah serius.

Suasana pergolakan semakin tidak terkawal, dan tindakan merencatkan penggunaan internet, terutama jaringan media sosial seperti Facebook dan Twitter dikatakan lebih memburukkan keadaan apabila sistem komunikasi boleh lumpuh bila bila masa.

Senator Mohamad Ezam Mohd Nor kini berada di Mesir ketika menghubungi Sinar Harian menerusi khdmat pesanan ringkas [SMS] berkata, tindakan membawa pulang semua rakyat Malaysia perlu disegerakan kerana hari ini [semalam] Kerajaan Amerika Syarikat [AS] sudah bertindak membawa keluar rakyatnya dari negara itu.

"walaupun keadaan penuntut Malaysia terkawal, namun situasi dijangka semakin buruk, terutama apabila AS sudah membawa pulang rakyatnya pulang hari ini [semalam], " katanya.

Menurutnya, suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah seperti dalam keadaan perang, orang ramai berebut pulang ke tanahair masing masing.

"saya sendiri terkandas dua hari disini bersama ribuan penuntut kita [Malaysia]," katanya menghadiri beberapa siri program bersama penuntut Malaysia disana.

Difahamkan, hampir 11,000 penuntut Malaysia di Mesir

[Akhbar Sinar Harian, 1 Februari 2011 - mukasurat N8]

Tuesday, December 21, 2010

Majlis Pelancaran Buku “Islam & Persolan Rasuah” Berjalan Lancar


Seperti dijadualkan, pada 20 Disember 2010, bersamaan 14 Muharam 1432h, bertempat di Banquet Hall Parlimen, majlis pelancaran buku berjudul “ Islam & Persoalan Rasuah” telah selamat disempurnakan oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang, Speaker Dewan Negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga turut hadir sebagai tetamu di meja VVIP.

Yb Senator Ezam sedang menyampaikan kata kata aluan….

Sapto Waluyo, co-writer buku “Islam & Persoalan Rasuah”. Sapto lulusan MSc S Rajaratnam of International Studies, Singapura, sekarang ini beliau adalah Penasihat di Kementerian Sosial, Indonesia serta Ketua Redaksi Jurnal Policy Review terbitan Centre for Indonesian Reform [CIR]

Dalam ucapan Sapto, beliau berpendapat bahawa, amalan korupsi lebih bahaya daripada bencana alam. Gejala korupsi yang melibatkan nilai wang yang besar tidak nampak jalan penyelesaian yang “affirmative”. Berbanding dengan bencana alam dimana kerja kerja seperti evakuasi dan pembangunan semula bisa diurus tadbir dengan dana yang mencukupi….

Sapto juga sempat berseloroh mencuit hadirin tetamu majlis dengan berkata “ Malaysia akan bertemu Indonesia dalam final bolasepak Piala AFF sedikit masa lagi, bermakna kita perlu bersaing…, tetapi dalam soal melawan gejala rasuah dan korupsi, ayuh kita bergandingan bersama menanganinya…”

Tan Sri Abu Zahar Ujang, Speaker Dewan Negara sempat meluangkan waktu merasmikan Pelancaran Buku “Islam & Persoalan Rasuah” walaupun sidang dewan sedang berlangsung….

Rakaman Sekitar Majlis Perasmian Buku “Islam & Persoalan Rasuah” ;